Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku. Diharapkan dengan bermulanya penggal baru persekolahan ini, pelajar-pelajar dan guru-guru akan lebih memantapkan usaha dalam meningkatkan kejayaan dalam pencapaian akademik dan sahsiah diri. Galaslah tanggungjawab dengan lebih beretika serta ikhlas dalam melakukan setiap tugas serta cabaran yang mendatang.
Kepada pelajar-pelajar, teruskan usaha anda supaya dapat meningkatkan mutu kejayaan dalam diri anda sendiri. Ingatlah setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru mu. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar suatu masa nanti kalian boleh membalas jasa dan usaha mereka.
Kepada guru-guru yang telah banyak berjasa, sematkan kesetiaan mu keikhlasan mu dalam mendidik anak bangsa mu ke mercu jaya. Tingkatkan usaha dan kualiti dalam pengajaran mu, sesungguhnya setiap ilmu yang guru-guru curahkan sangatlah bermakna untuk anak bangsa mu. Tabahkan hati dalam menghadapi ujian yang mendatang. Semoga Allah akan memberkatimu guru-guru...
Saturday, June 26, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru Kepada Semua Warga Pendidik SMKBC..Jasa Kalian Tetap di Kenang.Sehubungan dengan itu, SMKBC telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 18 Mei 2010 yang lalu..
Tuesday, May 11, 2010
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19
Dirasmikan oleh : Yang Amat Berusaha Tuan Haji Hussain b. Awang (Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan)
Tarikh : 12 Mei 2010
Tempat : Dewan Perdana Sek. Men. Keb. Bandar Chiku
Masa : 8 Pagi
Tarikh : 12 Mei 2010
Tempat : Dewan Perdana Sek. Men. Keb. Bandar Chiku
Masa : 8 Pagi
Monday, April 26, 2010
Kejohanan Balapan dan Padang peringkat daerah Gua Musang 2010
Sekitar Kejohanan Balapan Peringkat Daerah Gua Musang 2010 yang berlansung di SMK PALOH pada 5-7 April 2010. Sekolah kita telah berjaya mendapat tempat ke4 dalam kejohanan terbabit.Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada kontingen sekolah kita kerana berjaya mengharumkan nama SMKBC.Semoga kontigen SMKBC lebih maju di tahun hadapan.
Wednesday, April 7, 2010
Cuti Pertengahan Penggal Persekolahan 2010
Cuti pertengahan penggal bagi sesi 2010 telah bermula dari 12.03.2010 sehingga 20.03.2010. Diharapkan dengan kedatangan cuti persekolahan ini dapat digunakan dengan sebaiknya dengan melakukan aktiviti - aktiviti yang bermanfaat dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran yer..Selamat Bercuti semua warga SMKBC.
Saturday, March 13, 2010
SENARAI NAMA PELAJAR TERBAIK SPM 2009
Berikut adalah senarai nama-nama pelajar terbaik bagi SPM 2009 SMKBC yang telah diumumkan baru - baru ini. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.
1) Siti Nazuha bt Sudin 6A 3B 1C
2) Siti Nuraini bt Md Zahidi 6A 3B 2C
3) Siti NorLiyana bt Noor Hassin 5A 2B 1C 1D
4) Noor Maizatul Akma bt Abd Rahman 4A 5B 1C 1D
5) Mohamad Afiq b Muhamat 4A 4B 1C 1E
6) Norhaizan bt Abd Halim 4A 3B 2C 1D
7) Nur Fazzilah bt Mohamed Kamil 4A 3B 2C 1E
8) Nur Hidayah bt M.Roduan 4A 2B 3C
9) Asrul Nizam b Mat Dehan 4A 2B 2C 1D
10)Siti Nor Azida bt Mat Junoh 4A 1B 5C
1) Siti Nazuha bt Sudin 6A 3B 1C
2) Siti Nuraini bt Md Zahidi 6A 3B 2C
3) Siti NorLiyana bt Noor Hassin 5A 2B 1C 1D
4) Noor Maizatul Akma bt Abd Rahman 4A 5B 1C 1D
5) Mohamad Afiq b Muhamat 4A 4B 1C 1E
6) Norhaizan bt Abd Halim 4A 3B 2C 1D
7) Nur Fazzilah bt Mohamed Kamil 4A 3B 2C 1E
8) Nur Hidayah bt M.Roduan 4A 2B 3C
9) Asrul Nizam b Mat Dehan 4A 2B 2C 1D
10)Siti Nor Azida bt Mat Junoh 4A 1B 5C
Tuesday, March 9, 2010
.*.Mutiara Kata..*
Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan
Jika diberi peluang, semua pelajar mahu menjadi cemerlang. Jika diberi peluang, semua pelajar mahu berjaya dalam hidup. Namun, anda perlu ingat bahawa, jika anda tidak faham konsep di atas, anda akan jadi tidak sabar untuk mengecap sesuatu yang menyeronokkan. Benar, kejayaan adalah menyeronokkan, tetapi bolehkah anda bersabar dan berusaha untuk mengecapinya?
Pelajar yang gagal biasanya tidak sabar untuk mengecapi sesuatu yang menyeronokkan. Lambat sangat nak tunggu seronok dapat keputusan cemerlang, penat pulak tu kena belajar. Jadi, macam mana nak seronok cepat? –> Melepak…seronok cepat….. ponteng sekolah…seronok cepat……. ikut kawan hisap rokok…seronok cepat…… main-main dalam kelas…seronok cepat…..
Malangnya, apa yang cepat menyeronokkan ini selalunya akan menjadi sesuatu yang sangat-sangat menyakitkan dalam jangka masa panjang…..
Monday, March 8, 2010
Selawat Untuk Mudah Ingat Dan Payah Lupa
Sunday, March 7, 2010
Tips bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang
Pada pandangan saya, untuk menjadi cemerlang, seseorang remaja (bukan hanya remaja sebenarnya, tapi kita semua) mestilah ;
1. Faham betul-betul tentang maksud, tujuan dan matlamat hidup
Ini paling asas dan paling penting pada saya. Sebab kalau kita faham betul-betul apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita atas dunia ini, maka kita tahu apa hala tuju kita. Kita tahu apa yang kita kejar.
Maka takde la kita tersesat dan melencong kepada perkara-perkara yang sia-sia.
Apabila kita tahu maksud hidup kita, maka kita akan lebih fokus. Kita akan jadi lebih tabah, lebih tetap pendirian dan lebih matang. Kita tidak akan melakukan perkara yang sia-sia dan menghargai masa, tenaga, wang ringgit dan segala nikmat yang Allah kurniakan.
Makanya, kita mesti benar-benar faham akan maksud dan matlamat hidup kita atas dunia ini.
Persoalannya sekarang, apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita? Adakah kita sudah benar-benar tahu dan faham?
2. Taat semua perintah Allah dan tinggal semua larangan dan jauhi benda-benda yang haram dan yang syubhah
Tips kedua ini sebenarnya saling berkaitan antara tips yang pertama tadi tu. Kalau anda orang Islam, maka saya rasa tak payahlah saya nak huraikan panjang-panjang perkara ini. Cukuplah saya katakan bahawa, kita orang Islam ni, kejayaan kita bukanlah diukur sejauh mana cemerlang dan berjaya nya kita atas dunia ini saja.
Apalah gunanya kejayaan dan kecemerlangan kita atas dunia ini, kalau kita seorang yang sering ingkar perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang Allah larang. Apalah gunanya diri kalau diri kita itu dimurkai oleh Allah, TUHAN sekalian alam ini?
Maka, tidak dapat tidak, untuk menjadi orang yang cemerlang, maka kita mestilah berusaha mendapatkan redha Allah dengan melakukan semua perintah yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarangNYA.
3. Taat dan buat baik dengan ibu bapa
Untuk dapat redha Allah, maka kita kena dapat redha ibu bapa dulu. Macammana nak dapat redha ibu bapa?
Buatlah apa yang menggembirakan mereka, dengar kata mereka, jangan bantah cakap mereka, bersopan santun dan sentiasa menghormati mereka, tidak sekali meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka, buat mereka bangga dan selalu mendoakan mereka. Pendek kata, kita mesti sentiasa jaga hati mereka. Senyum dan berlemah lembut lah dengan mereka. Buatkan mereka berasa besar hati dengan kita.
Sekiranya kita berjaya mendapatkan redha ibu bapa kita, insyaAllah hidup kita pasti akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH Ta’ala. Apabila hidup kita diberkati, maka apalagi yang kita mahukan?
Pada saya, ini adalah pra-syarat yang MESTI dipenuhi sebelum seseorang itu diiktiraf sebagai orang yang cemerlang.
4. Ada perancangan yang jelas
Untuk jadi cemerlang, kita mesti bijak merancang. Kita mesti ada target dan pelan tindakan untuk mencapai target. Apa target kita dalam pelajaran, dalam hidup? Apa yang ingin kita capai? Dan apakah pelan tindakan kita untuk mencapat target-target tersebut?
Buatlah target dan perancangan yang jelas dan praktikal. Kena ada pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang. Sentiasa periksa progress atau kemajuan yang kita lakukan hari-hari, apakah ianya semakin dekat mencapai target atau terpesong jauh?
5. Sentiasa muhasabah diri
Kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Muhasabah lah diri. Peruntukkan sedikit masa setiap hari untuk periksa dan muhasabah diri kita setiap hari.
Apakah yang kita lakukan hari ini? Apakah ada kesilapan yang telah kita lakukan? Ada tak kita melukai hati atau menyakiti orang lain? Ada tak kita mengumpat dan mengutuk orang? Adakah solat kita sempurna? Adakah masa kita terbuang dengan sia-sia?
Beristighfarlah dengan kesilapan dan kelemahan yang kita telah lakukan. Minta ampun dengan Allah atas semua kesalahan kita. Bertaubatlah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, samaada yang sengaja atau yang tidak sengaja. Berazamlah sungguh-sungguh untuk kita tidak mengulangi kesilapan kita. Mohonlah pada Allah supaya memberikan kekuatan dan hidayah kepada kita untuk melakukan perkara-pekara kebaikan.
Sekian, cukuplah 5 tips ini dulu yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Saya rasa, kalau kita dapat amal 5 tips ini pun, insyaAllah kita boleh menjadi orang yang cemerlang. Bukan cemerlang dunia saja, tapi lebih-lebih lagi cemerlang akhirat insyaAllah.
Mungkin ada yang kata, alaaa semua tips ni saya dah tahu. Semua apa yang diterangkan ini saya dah tahu lama dah.
Persoalannya sekarang, sejauh manakah kita praktikkan apa yang kita tahu? Bukankah ilmu yang tidak diamalkan itu diumpakan seperti pokok yang tidak berbuah?
Isunya sekarang, bukan banyak mana yang kita tahu, tetapi banyak manakah yang kita amal dan praktikkan. Tak gitu? Apa kata anda?
Kejohanan Olahraga SMKBC 2010
Kata - kata Aluan Dari Pengetua SMKBC..
Saturday, March 6, 2010
The Existing..
Subscribe to:
Posts (Atom)